Monday, March 16, 2009

SEJARAH WANG KERTAS

BNM telah memngeluarkan wang kertas Malaysia yg pertama pad th 1967,mengandungi nilai $1,$5,$10,$50 dan $100. $1000 pula dikeluarkan pada 2 Sept 1968.Reka bntuk asas bg kesemua wang ini ini adalah sama iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama,beserta perkataan Bank Negara Malaysia dan Tandatangan gabenor Tun Ismail Mohamed Ali.Muka belakang wang kertas dihiasi dgn logo BNM dan corak geometri.Sempena penggunaan rasmi ejaan baru Bahasa Malaysia pd 16 Ogos 1972,BNM telah menggunakan ejaan baru dlm percetakannya,tetapi masih mengekalkan rekabentuk lama.Contohnya wang kertas $10,perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH". Pada th 1976,langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam(latern Image)telah digunakan,dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan pd suatu sudut.

Pada awal tahun 1982,wang kertas yang dikeluarkan ditandatanganioleh gabenor yang BNM yang baru iatu Tan sri Aziz bin Taha.Pada 1 September 1982,BNM telah memperkenal 2 jenis nilai matawang baru iaitu $20 dan $500.Wang kertas baru pada keseluruhannya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia.Tera air(Water Mark) kepala harimau telah digantikan dengan potret DYMM Yang DI-Pertuan Agong yang pertama.Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicrtak dengan imej bangunan atau mercu tanda penting ibu kota,saiz wang juga dikecilkan berbanding wang siri terdahulu.

Pada Febuari 1996,BNM telah memperkenal matawang kertas RM2,dengan itu mata wang baru dengan nilai RM1,RM5,RM10,RM50,RM100 turut diperkenalkan.Dicetak dengan ciri2 keselamatan yang baru dan terkini.Selepas krisis kegawatan ekonomi pada tahun 1998,Wang kertas RM500 dan RM1000 telah ditarik balik penggunaannya..Syiling RM1 yang diperkenalkan pada tahun 1989 juga dihentikan penggunaan kerana banyak syiling tiruan dalam pasaran..

"Malaysia Banknote & coin".K.N.Boon.2006

No comments:

Post a Comment