Wednesday, March 25, 2009



SETEM

Inilah sebahagian sj darpd koleksi setem aku yang aku anggarkan berjumlah lebih kurang 1500 keping.Tak termasuk lembaran mini,koleksi tahunan dan FDC.1500 keping? Terasa mcm banyak tapi masih banyak yang belum jd koleksi.Setem2 ini aku mula kumpul sejak zaman sekolah rendah lg..lebih kurang 25 tahun yang lampau..masa 2 pantang jumpa sampul2 surat yg dibuang atau tak buang semua setem aku bedal.Kutip kat lubang2 sampah biasa la..Minat ni terhenti sekejap bila dah besar..time tu sibuk dengan urusan duniawi yang lain.Aku sambung kumpul bila terasa hidup dah tak kelam kabut sgt...Sekarang ni nak jumpa setem yang elok2 pun dah susah sebab zaman dah maju..suma main email sj,tak pun pakai "post paid" kad raya pun dah tak guna setem.Peminat2 setem mcm aku ni tak perlu lagi susah payah selongkar tong n lubang sampah,cuma sediakan modal "RM" saja.Nak setem yang macam mana pun boleh..Setakat ni aku masih kumpul kerana hobi saja.Tak terniat nak jual, apa lg nak bagi saja..bosan dok saja2 belek2 la koleksi.

1 comment:

  1. betul la..hanya sediakan RM je boleh dpt skrg. tp tak sama dgn hasil kepuasan originality dpt dr sampul..last week beli setem utk keluaran thn lahir sendiri. Teruja kejap hehe..hanya org yg minat pd seni shj tahu menghargai nilai lukisan atas setem tu..setiap setem tu lambang sejarah negara.

    ReplyDelete